Kadang-kadang dalam hidup kita ni, ada momen yang bila dikenang balik memang buat kita tersenyum sorang-sorang. Itulah yang Fa rasa bila teringat pengalaman join One Day Seminar anjuran Puncak Legacy tempoh hari pada 16 Ogos 2025.
Sejujurnya, Fa jarang share benda-benda personal kat blog ni. Selalu cerita pasal produk, pasal bisnes, pasal pengalaman customer. Tapi kali ni Fa nak simpan satu kenangan happy – supaya bila Fa baca balik nanti, boleh rasa balik aura dan semangat tu.

Suasana Seminar
Hari tu memang lain macam. Dari mula masuk dewan lagi, dah rasa vibe dia. Orang ramai, senyum, energy positif penuh satu tempat. Memang betul la kata orang, bila kita berkumpul dengan orang yang sama aura, kita akan rasa tenaga tu berganda.



Barisan speaker yang dijemput pun memang power. Cara dia sampaikan ilmu tak membosankan langsung. Ada part serius, ada part gelak sampai pecah perut. Rasa macam sekejap sangat masa berjalan.
Kenangan Bersama Upline
Salah satu momen paling Fa hargai masa seminar tu ialah kenangan bergambar bersama upline-upline tersayang. Mereka ni lah yang sentiasa ada bersama, tak kira siapa kita, dari mana kita datang, atau macam mana keadaan kita.
Fa rasa bersyukur sangat sebab ada upline yang bukan saja bagi tunjuk ajar dalam bisnes, tapi juga jadi tempat kita berkongsi semangat, doa dan sokongan. Kadang-kadang bila rasa down, merekalah yang tarik kita bangun balik.
Kenapa kita kena sentiasa dekat dengan upline? Sebab mereka ni ibarat mentor dan peta jalan dalam perjalanan kita. Dah lalui macam-macam pengalaman, jadi mereka tahu selok-belok jatuh bangun dalam bisnes ni.
Bila kita dekat dengan upline, kita lebih cepat belajar, tak perlu ulang kesilapan yang sama, dan sentiasa ada seseorang untuk ingatkan kita bila kita mula goyah.

Masa baru sampai dewan, Fa mencari upline Diamond dulu pertama tamanya.
Ni ialah uplines Fa. FDD Hazni Falina & FEDC Diana. Kak Hazni seorang guru, kak D pula bekas Ketua Jabatan.

Ni upline tertinggi Fa. Diana namanya, semanis orangnya. Dari dulu sampai sekarang, Kak D lah yang selalu percaya pada Fa. Kak D tak pernah jemu menyuntik semangat. Tak pernah berhenti kata,
“Fa boleh! Fa akan jadi Diamond satu hari nanti!!”
Kata-kata itu jadi doa, jadi kekuatan, jadi sebab Fa tak pernah berhenti melangkah walaupun kadang goyah. Syukur Allah temukan Fa dengan upline sehebat Kak D. Seorang mentor, seorang kakak yang dihormati dan disegani.
Terima kasih Kak D kerana sentiasa percaya, sentiasa ada, sentiasa jadi cahaya waktu hati Fa hampir padam.
Hari ini Fa nak tulis dengan penuh rasa syukur – Fa sangat hargai Kak D. Segala ilmu, dorongan dan doa Kak D adalah hadiah paling besar dalam perjalanan ini.
InsyaAllah satu hari nanti janji Kak D akan jadi nyata, Fa akan capai Diamond – bukan untuk diri Fa sahaja, tapi sebagai tanda kasih, hormat dan terima kasih yang tak terbalas untuk Kak D. ![]()
Terima kasih Kak D, upline yang sentiasa Fa sayangi. Semoga Allah balas segala kebaikan dengan rahmat yang melimpah.

Ini pula upline direct Fa. Founders Diamond Dinde & Bonzer.
Pasangan FDI yang termuda di Malaysia, yang berjiwa besar dan hebat. Yang dah banyak berkorban untuk Fa. Sobs sobs!
Dalam hidup, kita jumpa seseorang yang bukan sekadar mentor dalam bisnes, tapi juga seorang sahabat sejati yang sentiasa ada – dalam suka, duka, tawa, dan air mata.
Dialah insan yang tak pernah jemu memberi semangat, menyokong dari belakang, dan percaya pada Fa walaupun Fa sendiri kadang goyah. Daripada struggle hingga berjaya, dari zero hingga naik perlahan-lahan – dia tetap setia di sisi.
Terima kasih Dinde kerana menjadi tulang belakang Fa dalam perjalanan ini. Bukan semua orang ada upline yang juga boleh jadi kawan yang faham hati dan perasaan.
Fa doakan semoga ukhuwah dan perjuangan kami ini terus kuat dan berkat, dunia akhirat. You are the best and always the best! Love you bestie!
Bila tengok balik gambar ni, Fa teringat – kejayaan bukan perjalanan sorang-sorang. Kita perlukan circle yang betul, dan upline adalah sebahagian penting dalam circle tu.
Sakit Pinggang Sebab Duduk Lama Kat Dewan
Masa ni, Fa dah 7 bulan mengandung. Bawa baby dalam perut ke seminar, travel dari Ipoh ke Penang, tapi moment paling haru ialah duduk lama kt kerusi. Sakit pinggang Mak Yong ni. Hehe. Tapi tetap semangat. Ada masa Fa bangun berdiri, ada masa Fa duduk. Platinum duduk seat belakang, jadi bebas sikit la nak bangun. Hehe

Apa pun , Fa selalu pasakkan dalam diri Fa : Mengandung bukan alasan untuk berhenti bergerak dalam bisnes ![]()
Fa percaya, rezeki datang bila kita terus berusaha, bukan bila kita menunggu masa sesuai.
Walau perut makin membesar, langkah Fa dalam bisnes tetap Fa lajukan. Kadang rasa penat, tapi Fa selalu ingat — usaha hari ini adalah hadiah untuk masa depan anak-anak nanti. My ‘The Amirs’ dan baby sorang yang dalam perut ni.
Bila kita fokus, jaga niat, dan buat sungguh-sungguh, Allah pasti akan beri hasil setimpal dengan usaha. Tak kisah di mana kita bermula, yang penting jangan berhenti. ![]()
Fa sentiasa pesan pada diri Fa sendiri,
Kalau rasa nak tunggu “masa sesuai” untuk mulakan sesuatu… percayalah, masa itu takkan datang sendiri. Kita yang kena cipta. ![]()
You can do it, Lady Fa! Kemon!
Speaker Yang Terpaling Mengkagumkan di ODS 3.o

Semua speaker best-best! Ada peguam, ada doktor, guru, pensyarah, OKU dan macam-macam background lagi. Tapi dalam entry Fa ni, Fa nak share tentang sorang speaker hebat ni.
Mereka ialah Guest Speaker ODS 3.0, Founders Executive Diamond Dr Ahmad Wazi & Siti Syaffurah.
FEDC Siti Syaffurah dulunya seorang pegawai farmasi kini beliau full time amway. Dr Ahmad Wazi pula seorang Pakar Kardiologi dan masih buat Amway secara part time.
Melihat jadual Dr Wazi sebagai Pakar Perunding Jantung dan kak Siti sebagai pegawai farmasi, masyaAllah hebat sangat mereka boleh buat Amway sampai jadi Diamond. Dengan anak seramai 7 orang, bukan suatu yg mudah ya. Kagumnya Fa dengan mereka!

FEDC Siti Syaffurah ni masa beliau decide nak resign, gaji gomen beliau masa tu ialah RM12K. Dan masa tu income amway beliau baru RM4K. Tapi berbekalkan keyakinan dan semangat padu , beliau mendapat enam kali ganda dari itu sekarang. Power kan! Lepas dengar sharing kak Siti ni, jujur saya katakan beliau ni seorang wanita besi yang berjiwa kental, berhati besar! Fa nak jadi macam beliau.
Kalau mereka boleh, sebagai seorang doktor dan menjaga 7 orang anak tanpa pembantu, kita pun pasti boleh. ![]()
Pesanan Dr Wazi, “Utamakan yg utama, ikhlas dlm mendidik downline seperti kita mendidik anak kita sendiri dan yakin dengan jalan Amway ini mampu menjadi asbab kita mencapai impian kita.”
Go Diamond!!
Sahabat Dalam Amway – Warna-Warni Perjalanan Hidup Fa
Kalau ditanya apa yang paling berharga Fa dapat sejak join Amway, jawapan Fa bukan semata-mata produk hebat atau income yang masuk setiap bulan. Tapi yang paling Fa hargai ialah sahabat-sahabat yang Fa jumpa dalam perjalanan bisnes ni.
Mereka inilah yang mewarnai hari-hari Fa. Setiap kali ada event, ada meeting, ada sesi coaching – yang buat ia jadi lebih bermakna bukan hanya ilmu atau pencapaian, tapi orang-orang yang ada bersama kita.
Sahabat dalam Amway bukan sekadar teman berniaga. Mereka jadi:
💖 penyokong kuat yang selalu yakin Fa boleh walau Fa sendiri rasa goyah.
💖 pengingat & penyuntik semangat bila Fa hampir nak give up.
Kadang Fa terfikir, kalau Fa tak pilih jalan Amway dulu, mungkin Fa tak akan kenal orang-orang hebat ni. Mereka datang dari latar belakang berbeza, tapi semua ada tujuan sama – nak bina hidup lebih baik, nak bahagiakan keluarga, nak capai impian.
Terima kasih korang!





Dalam bisnes, bukan setiap hari indah. Ada masa struggle, ada masa kecewa. Tapi sahabat-sahabat inilah yang buat perjalanan tu tak terasa berat.
Yang bestnya, kejayaan sorang tu diraikan ramai-ramai. Tak ada iri hati, tak ada rasa nak berlumba menjatuhkan. Semua saling tarik menarik untuk naik bersama.
Fa belajar satu perkara: hidup ni terlalu singkat kalau kita dikelilingi circle yang salah.
Pilih sahabat yang boleh bawa kita naik, yang doakan kita, yang jujur nak tengok kita berjaya.
Alhamdulillah, Fa jumpa mereka dalam Amway. Dan Fa doa, persahabatan ni bukan setakat di dunia bisnes, tapi sampai ke akhirat nanti. InsyaAllah
Kenapa Fa Tulis Kat Sini?
Sebab Fa percaya blog ni bukan sekadar untuk cerita pasal produk atau bisnes. Tapi juga tentang perjalanan Fa sendiri. Hidup ni bukan kerja je kan? Kita pun perlukan kenangan happy untuk dikenang.
Dan Fa nak letak sini sebagai tanda – bahawa dalam bisnes, dalam kehidupan, kita bukan sekadar kejar result. Kita juga kejar pengalaman, persahabatan, dan memori indah yang buat kita jadi lebih kuat untuk teruskan perjuangan.
Itulah sedikit kenangan Fa di One Day Seminar Puncak Legacy. Harap bila Fa baca balik nanti, senyum tu akan datang lagi.
Love ya!






















