Kenapa Ambil Suplemen? Tak Cukup ke Makan Buah & Sayur Je?
Pernah tak korang rasa macam cepat letih, susah fokus, kulit kusam, atau selalu jatuh sakit walaupun makan “okay”? Mungkin korang pun tertanya-tanya: “Aku dah makan buah, sayur semua – tapi kenapa badan masih lemau?”
Jangan risau, korang tak keseorangan. Hari ni kita akan kupas realiti sebenar pemakanan moden, kenapa kekurangan nutrisi berlaku secara senyap-senyap, kenapa ambil suplemen dan kenapa suplemen terbaik Malaysia seperti Nutrilite patut jadi sebahagian dari gaya hidup kita – bukan sebab nak ikut trend, tapi sebab ia dah jadi keperluan.
1. Pemakanan Zaman Sekarang Tak Sama Macam Zaman Tok Nenek Kita
Kenapa ambil suplemen. Cuba throwback sikit… zaman dulu-dulu, nenek moyang kita makan hasil tanaman dari kebun sendiri. Ayam bela sendiri, sayur petik belakang rumah. Semuanya fresh, organik dan bebas bahan kimia.
Tapi sekarang?
➤ Buah nampak cantik macam dalam iklan, tapi tu hasil GMO (Genetically Modified Organism).
➤ Sayur-sayur pun penuh dengan racun serangga, pestisid, dan bahan kimia untuk tahan lama.
➤ Tanah pertanian dah banyak kali guna baja sintetik yang kurangkan kualiti nutrien dalam tanah.
Akhirnya, buah dan sayur yang kita beli kat pasar tu… nampak sihat, tapi kandungan vitamin dan mineral dia dah merosot teruk. Contohnya, kajian pernah tunjukkan yang kandungan vitamin C dalam oren zaman sekarang jauh lebih rendah berbanding 20 tahun lepas. Haaa… camne nak cukup nutrisi?
Ia susulan kajian yang dilakukan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dengan bantuan Wonjin Institute for Occupational & Environmental Health (WIOEH) dengan sokongan Financial Industry Public Interest Foundation (FIPIF) Korea terhadap 112 sampel sayuran dan 20 sampel beras bagi mengesan kehadiran racun makhluk perosak.
Presiden CAP Mohideen Abdul Kader berkata, menerusi kajian itu didapati daripada 98 sampel atau 87.5 peratus sayuran dan 11 sampel atau 55 peratus beras berkenaan dikesan mengandungi racun makhluk perosak.
ARTIKEL RACUN PEROSAK DALAM SAYUR DAN BERAS
Makanan Zaman Sekarang = Cantik Tapi Kosong Nutrien?
❌ Buah GMO (Genetically Modified Organism)
Buah besar, manis dan tahan lama, tapi nutrisi dah berkurang banyak.
GMO ubah struktur asal makanan, dan lama-lama badan pun ‘bingung’ nak proses.
❌ Sayur Bersisa Racun & Baja Sintetik
Sayur ditanam dengan pestisid, racun serangga dan baja kimia untuk cepatkan hasil.
Tapi semua tu tinggalkan kesan toksik dalam tubuh kita, walaupun kita dah basuh!
❌ Tanah Tak Subur = Tanaman Kurang Nutrisi
Tanah pertanian sekarang banyak yang dah ‘penat’ – makin kurang mineral. Bila tanah tak sihat, tumbuhan pun kurang zat. So, kita makan sayur tapi tak dapat cukup zat penting.
P/S: Jika ada yang nak tau macam mana cara nya nak buang sisa racun serangga dan bahan tercemar lain dekat sayur dan buah buahan yang kita beli, whatsapp saya tau.
2. Gaya Hidup Kita = Nutrisi Tercicir
Kita hidup dalam dunia yang fast-paced. Nak makan pagi pun kadang tak sempat. Sarapan? Mungkin skip terus! Tengah hari, cepat je grab nasi lemak bungkus sebab sibuk. Malam, pulak, semua nak cepat jadi kita order fast food atau makan maggi je. Haa, setuju tak?
Lady Fa yakin ramai yang boleh relate dengan realiti ni. Gaya hidup kita sekarang memang penuh cabaran, dan itu semua buatkan kita makin terjebak dalam masalah kekurangan nutrisi.
Semua ni buatkan badan kita tersepit di antara tekanan hidup yang tak habis-habis dan kekurangan nutrisi penting yang diperlukan tubuh.
Mungkin ramai yang tak sedar, tapi ada beberapa simptom kekurangan nutrisi yang kita alami setiap hari tanpa kita perasan.
Simpton Kurang Nutrisi
1- Sistem Imun Lemah, Mudah Sakit
Badan jadi lemah, mudah kena demam, selsema, atau batuk. Sistem imun kita dah tak kuat sebab kekurangan vitamin C, zinc, dan lain-lain.
2 – Selalu Mengantuk & Lesu Walaupun Cukup Tidur
Walaupun dah tidur 8 jam, badan rasa penat je. Itu tanda kita tak cukup nutrisi walaupun tidur panjang.
3- Kulit Cepat Kering, Rambut Gugur
Kulit jadi kasar dan cepat kering, rambut pun gugur lebih dari biasa. Semua ni sebab kekurangan vitamin dan mineral penting dalam tubuh.
4 – Mood Swing & Emosi Tak Stabil
Kalau rasa cepat marah, stress, atau tiba-tiba sedih tanpa sebab, itu mungkin tanda badan kekurangan nutrisi yang bantu keseimbangan emosi.

FYI, makanan yang kita makan sekarang ni selalunya:
- Tinggi gula – minuman manis dan snek berkalori tinggi.
- Tinggi lemak – fast food yang tak sihat.
- Tinggi garam – makanan yang diproses atau segera.
Tapi, kekurangan nutrisi sebenar dalam makanan tu. Kita tak dapat vitamin, mineral, atau serat yang badan kita betul-betul perlukan.
Apa Yang Kita Betul-Betul Perlukan?
Tubuh kita perlukan:
- Vitamin (A, C, D, E, K) untuk kekuatan imun dan kulit sihat.
- Mineral (kalsium, zat besi, magnesium) untuk tulang, darah dan tenaga.
- Protein Berkualiti untuk pembentukan otot dan sel tubuh.
- Serat dan Antioksidan untuk pencernaan dan melawan radikal bebas.
Tapi dengan gaya hidup yang padat dan makanan yang kurang nutrisi, semua ni susah nak capai. Sebab tu tak pelik kalau ramai yang cepat penat, mudah stress, kulit kusam, dan susah tidur.
Badan kita lapar nutrisi? 🙁
Walaupun kita dah makan, badan kita sebenarnya lapar nutrisi. Kita kenyang dengan makanan, tapi tak cukup dengan nutrisi yang tubuh kita perlukan. Itulah sebabnya kenapa ambil suplemen, suplemen jadi penting – untuk menampung kekurangan yang ada dalam diet kita.
3. Kenapa Ambil Suplemen? Adakah Suplemen Bukan Sekadar Trend?
Ramai yang skeptikal: “Alah suplemen ni semua marketing je lebih…”
Tapi hakikatnya:
✅ Suplemen membantu isi lompong-lompong nutrisi yang tak cukup dari makanan.
✅ Suplemen bantu support sistem badan – imuniti, penghadaman, tenaga, hormon dan macam-macam.
✅ Suplemen bukan ganti makanan, tapi PENAMBAH kepada gaya hidup sihat.
Tapi… tak semua suplemen dicipta sama. Lady Fa ulang ya, tak semua suplemen yang ada di pasaran tu sama.
4. Pilih Suplemen Yang Terbaik – Lagi-Lagi Yang Organik
Zaman sekarang ni, suplemen berlambak kat pasaran. Jenis pil, tablet, serbuk, kapsul, gummy… semua ada. Tapi kita kena pandai pilih.
Apa yang penting bila nak pilih suplemen:
- ✅ Asal dari bahan semula jadi, BUKAN bahan sintetik
- ✅ Ada kajian sains dan ujian klinikal
- ✅ Tiada bahan kimia merbahaya
- ✅ Proses penghasilan yang mesra alam dan berkualiti tinggi
- ✅ Sumber organik yang tidak tercemar
Kalau suplemen tu datang dari sumber sintetik (maksudnya ‘buatan makmal’), badan kita mungkin tak serap dengan baik. Banyak kes orang makan vitamin tapi tak rasa kesan sebab badan tak kenal ‘bahan tiruan’ tu.
5. Kenapa Nutrilite Jadi Pilihan Ramai?
Okay, now kita masuk part paling best – Nutrilite.

Nutrilite ni bukan jenama biasa-biasa. Dia ada lebih 90 tahun pengalaman dalam dunia nutrisi, dan merupakan satu-satunya brand vitamin dan suplemen yang:
🌱 100% berasaskan tumbuhan organik
🌍 Ada ladang sendiri yang bebas racun perosak & GMO
🔬 Diluluskan melalui lebih 500,000 ujian kualiti setiap tahun
📚 Disokong dengan kajian sains dan teknologi terkini
Nutrilite ni bukan jenis beli bahan mentah dari entah mana-mana, tapi dia tanam sendiri, proses sendiri, dan pastikan kualiti dari benih sampai ke botol.
Antara produk Nutrilite yang paling popular:
- Double X – multi-vitamin & mineral premium
- Salmon Omega 3 – untuk otak, jantung dan sendi
- Protein Plant-Based – tenaga dan sokong tisu badan
- Bio C Plus – vitamin C dengan pelepasan berperingkat
- Iron Folic – penting untuk ibu mengandung dan tenaga harian
Lagi satu yang menarik — Nutrilite juga satu-satunya suplemen yang digunakan oleh atlet bertaraf dunia di bawah naungan Olympic dan Nutrilite Athlete Program.





Makan Sihat Tu Bagus, Tapi Suplemen Itu Perlu
Let’s be real. Kita boleh cuba makan sihat, tapi realitinya:
- Buah/sayur dah kurang nutrien
- Masa tak cukup nak prepare meal sihat hari-hari
- Tekanan kerja dan gaya hidup buat badan kita demand lebih nutrisi
Sebenarnya, ambil suplemen ni bukan sebab nak ikut trend semata… tapi sebagai satu bentuk IKHTIAR – tanda kita sayang pada diri sendiri.
Kita semua tahu, hidup sekarang ni memang mencabar. Badan kita kerja keras setiap hari, tapi kadang-kadang kita lupa nak beri dia cukup ‘makanan dalaman’ — nutrisi yang bantu sistem badan terus kuat, fokus, dan bertenaga.
Kalau anda perasan diri cepat letih, susah nak fokus, emosi naik turun, atau kulit makin kusam… itu bukan semata-mata sebab umur. Itu tanda-tanda badan tengah “berbisik” perlukan perhatian dan belaian nutrien.
Lady Fa nak ajak anda ambil sedikit masa untuk dengar suara badan sendiri. Kita ni dah cukup kuat lalui macam-macam, tapi jangan lupa — diri kita pun perlukan sokongan.
Kalau nak mula, mulakan perlahan-lahan. Pilih suplemen yang bersih, selamat dan berasaskan sumber semula jadi. Nutrilite antara jenama yang Lady Fa percaya, sebab:
- 🌱 Guna bahan organik dari ladang sendiri
- 🔬 Ada kajian saintifik dan kawalan kualiti yang ketat
- ❤️ Dah bantu ramai orang jaga kesihatan dengan cara semula jadi
Jangan kejar murah, sebab tubuh kita berhak dapat yang terbaik. Ingat, jaga kesihatan bukan untuk kita je — tapi juga untuk orang-orang yang kita sayang, dan masa depan yang kita impikan.
Sayangi diri. Sayangi badan. Bila kita sihat, kita boleh beri yang terbaik dalam semua peranan kita — sebagai ibu, anak, isteri, kawan, dan wanita hebat. 💖
-Lady Fa-
Pengguna Tegar Nutrilite Kerana Dah Merubah Hidup Saya




















