Adakah anda kerap sakit? Kerap demam? Bila kerap sakit dan demam ni, mesti anda sering risau kan. Ini suplemen untuk kuatkan imun badan.
Sekarang ni, ramai orang sedar tentang pentingnya jaga kesihatan dan imun badan, terutamanya selepas kita semua melalui pandemik COVID-19 dulu. Imun badan ni sebenarnya benteng pertama kita untuk lawan penyakit.
Bila imun badan kuat, kita tak mudah kena jangkitan atau penyakit yang biasa macam selsema, batuk, dan demam. Tapi, masalahnya ramai yang tak sedar, imun badan kita boleh jadi lemah sebab beberapa faktor.

Dalam blog post kali ni, saya nak kongsi sikit kenapa kita perlu jaga imun badan, apa yang boleh buatkan imun jadi lemah, dan suplemen Nutrilite apa yang boleh bantu kuatkan imun badan kita.
Kenapa Imun Badan Penting?
Imun badan ni macam tentera dalam badan kita. Bila ada bakteria atau virus yang cuba masuk dalam badan, imun ni la yang akan ‘serang’ dan cuba musnahkan benda asing tu sebelum ia sempat buat kita sakit.
Jadi, bayangkan kalau sistem imun kita lemah, ‘tentera’ kita pun jadi tak kuat. Akibatnya, kita lebih mudah kena jangkitan dan penyakit.

Imun badan yang sihat dan kuat bukan je penting untuk lawan penyakit jangka pendek macam selsema, tapi juga untuk jangka panjang.
Bila imun badan kita kuat, risiko untuk dapat penyakit yang lebih serius macam kanser, penyakit autoimun, atau penyakit kronik lain pun berkurang.
Tapi, apa yang ramai tak sedar, gaya hidup kita seharian boleh mempengaruhi tahap imun badan. Kadang-kadang tanpa kita sedar, kita buat benda yang melemahkan sistem imun sendiri.
Apa yang Boleh Melemahkan Imun Badan?
- Stress Berpanjangan
Mungkin ramai tak tahu, stress boleh beri kesan yang besar kepada sistem imun badan. Bila kita stress, badan kita akan hasilkan hormon kortisol, dan hormon ni boleh melemahkan tindak balas imun badan. Kalau kita selalu stress, sistem imun kita pun jadi semakin lemah. - Kurang Tidur
Tidur yang cukup sangat penting untuk imun badan. Masa tidur, badan kita ada masa untuk ‘repair’ dan memperkuatkan sel-sel imun. Kalau kita kurang tidur, badan kita tak ada peluang untuk pulih dengan baik, dan ini boleh buatkan kita lebih mudah jatuh sakit. - Pemakanan Tak Seimbang
Pemakanan yang tak seimbang, terutamanya yang tinggi gula, lemak tak sihat, dan rendah nutrisi, boleh melemahkan sistem imun. Badan kita perlukan vitamin dan mineral yang cukup untuk berfungsi dengan baik. Kalau kita selalu makan makanan segera dan kurang makan buah-buahan atau sayur-sayuran, imun badan akan jadi lebih lemah. - Dehidrasi
Air sangat penting untuk kesihatan keseluruhan badan, termasuk imun. Bila badan kita dehidrasi, fungsi organ pun terganggu, termasuklah sistem imun. Minum air yang cukup setiap hari sangat penting untuk pastikan imun badan berfungsi dengan baik. Saya amalkan air eSpring setiap hari. Ia bukan air RO tapi air mineral, free flow daripada sinki rumah saya. - Umur yang Meningkat
Semakin kita berumur, semakin lemah juga imun badan kita. Sebab tu, orang yang lebih tua lebih mudah jatuh sakit atau dapat jangkitan.
Dengan semua faktor ni, tak hairan la kalau ramai orang alami masalah imun yang lemah. Tapi, jangan risau. Ada cara untuk kuatkan balik imun badan kita. Salah satunya adalah dengan mengambil suplemen yang sesuai.

Suplemen Nutrilite untuk Kuatkan Imun Badan
Suplemen untuk kuatkan imun. Nutrilite ada beberapa suplemen yang memang direka khas untuk bantu kuatkan imun badan. Sebagai orang yang dah cuba pelbagai produk Nutrilite, saya memang percaya suplemen-suplemen ni boleh membantu kesihatan kita secara keseluruhan. Jom saya kongsikan.

Nutrilite Vitamin C Plus
Semua orang tahu yang Vitamin C sangat penting untuk imun badan. Ingat ya, manusia tak boleh hasilkan vitamin c sendiri. Memang begitu ciptaan Nya. Jadi mahu atau tidak, kita memang kena ambil Vitamin C daripada sumber luar. Paling mudah dan ‘confirm’ adalah consume suplemen vitamin C.
Nutrilite Vitamin C Plus ni istimewa sebab ia hasilkan Vitamin C secara berterusan sepanjang hari. Berbanding suplemen Vitamin C biasa yang mungkin cepat habis kesannya, Nutrilite Vitamin C Plus ni memastikan badan kita sentiasa dapat bekalan Vitamin C yang mencukupi untuk lawan penyakit. Vitamin C juga bertindak sebagai antioksidan yang melindungi sel-sel kita daripada kerosakan.

Nutrilite Salmon Omega Complex
Omega-3 yang terdapat dalam Salmon Omega Complex ni bukan je baik untuk jantung, tapi juga untuk imun badan. Omega-3 bantu mengurangkan keradangan dalam badan, dan keradangan ni la yang kadang-kadang jadi punca imun kita lemah. Dengan mengambil Salmon Omega Complex secara konsisten, anda boleh bantu badan untuk mengekalkan tahap imun yang optimum.

Nutrilite Double X
Kalau anda cari suplemen yang all-in-one, Nutrilite Double X adalah pilihan terbaik. Ia mengandungi lebih daripada 20 vitamin dan mineral penting, termasuk Vitamin A, C, dan E, yang semua ni sangat penting untuk imun badan. Selain tu, Double X juga ada fitonutrien dari tumbuhan yang boleh bantu melindungi badan daripada radikal bebas dan tekanan oksidatif yang boleh melemahkan imun kita.
Suplemen Kuatkan Imun Untuk Anak
Kalau suplemen untuk anak pula, saya ada cadangan yang terbaik. Yang mana suplemen ini jugalah yang saya beri pada anak-anak saya.

Sistem imun kanak-kanak masih dalam proses perkembangan, dan sebagai ibu bapa, kita mesti ambil langkah awal untuk memastikan imun mereka kuat dan berfungsi dengan baik. Salah satu cara yang berkesan untuk membantu menguatkan imun badan anak-anak adalah dengan memberikan mereka probiotik.
Probiotik ialah bakteria baik yang berfungsi untuk menjaga kesihatan usus, dan kita semua tahu, kesihatan usus berkait rapat dengan sistem imun badan.
Nutrilite Kids 4in1 Vitamin adalah suplemen yang bukan sahaja memberikan keperluan vitamin dan mineral asas untuk anak-anak, tetapi juga dilengkapi dengan probiotik yang terbukti membantu kesihatan imun. Probiotik tu bagus sangat tau. Meh saya sharekan kelebihan utama probiotik dalam Nutrilite Kids 4in1:
1. Menguatkan Sistem Imun Melalui Usus
2. Mengurangkan Risiko Jangkitan
3. Meningkatkan Daya Tahan Terhadap Alahan
4. Membantu Pencernaan yang Sihat
5. Meningkatkan Penyerapan Nutrien Lain
Nutrilite Kids 4in1 adalah pilihan yang sangat bagus untuk ibu bapa yang mahu memastikan anak mereka mendapat perlindungan terbaik untuk kesihatan dan imuniti.
Sebagai ibu yang prihatin, saya sendiri dah melihat kesan positif suplemen ini pada anak saya, terutamanya bila masalah ekzema dia semakin pulih sejak amalkan Nutrilite Kids 4in1. Kalau anda pun risau tentang kesihatan anak, saya memang syorkan anda cuba suplemen ini! Anak-anak saya sekarang dah jarang sangat sakit, alhamdulillah syukur.

Imun Kuat, InsyaAllah Kita Akan Jarang Sakit
Jaga imun badan bukan sesuatu yang kita boleh ambil ringan. Dalam dunia yang penuh dengan pencemaran, stress, dan gaya hidup yang sibuk, kita perlu ambil langkah yang betul untuk pastikan sistem imun kita sentiasa kuat dan bersedia untuk melawan apa-apa ancaman.
Selain daripada amalkan gaya hidup yang sihat, pengambilan suplemen Nutrilite boleh jadi satu pelaburan yang berbaloi untuk kesihatan jangka panjang.
Dengan gabungan vitamin dan mineral yang diperlukan badan, Nutrilite boleh bantu kita kuatkan imun, tingkatkan kesihatan keseluruhan, dan mengelakkan daripada mudah jatuh sakit. Suplemen untuk kuatkan imun.
Jadi, kalau anda rasa imun badan anda lemah atau selalu sakit-sakit, cuba la suplemen Nutrilite. Saya sendiri dah rasa perbezaannya, dan saya yakin anda pun akan merasainya!
Yang nak mencuba supplement ni boleh hubungi kami di
www.wasap.my/60135767554/vitaminkerapdemam
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang Suplemen Untuk Kuatkan Imun dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Penghantaran sekitar Ipoh dan postage seluruh Malaysia.
Lady Fa
Pengedar Amway Perak
Call/SMS/WhatsApp: 013-5767554